Wednesday, December 22, 2010

SYARHAN MISHARY - Penutup atau Akan Ada Lagi?

Tepat jam 7:55 pagi pada tanggal 23/11/2010, kecoh sidak nurse ngan doktor dengan tangisan pertama bayi lelaki lahir ke dunia tok. Aku sepatutnya berada disebelah isteriku waktu ya, memberi semangat ngannya, nang yalah tujuan utama kenak nya mok beranak d MCMC dan bukan di Hospital Miri. Sedihnya waktu ya aku di senei? Nun eh....on the road antara Selangau ngan Tatau. Bukannya ndak laju gik driving waktu ya....besar harapan tek sempat sampei ke Miri sebelum isteri beranak. Tapi sik sempat, yalah sedih juak asa. Walaupun gia tek, aku tetap bersyukur kerana duak-duak anak ngan isteriku selamat. Alhamdulillah.




Beberapa minit lepas 7:55 pagi ya, aku nerima mesej bergambar dari isteriku, yalah pertama kali aku nanggar raut wajah Syarhan Mishary. Kegembiraan yang ku rasa waktu ya sik dapat nok digambarkan disitok, arum bulaknya sama macam orang diberik duit 1 juta bah!! Arum bulaknya tek.





- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, January 8, 2009

SAAT DAHI TIDAK LAGI MENYENTUH SEJADAH

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk
dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan
masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.>

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Wednesday, January 7, 2009

DOLOK BESAR, KINEK TOK KECIK

Kenak aku milih topik tok, Dolok Besar, Kinek Tok Kecik, sebab aku mok kitak orang cuba berik gambaran apa bakal terjadi in future kelak.

Contoh Dolok Besar, Kinek Tok Kecik: Mobile fon. Ingat sik masa first time mobile fon tok timbul? Zaman 80an kedak ya mun sik salah, kita dapat nanggar orang (selalunya tokey/taikun ajak) ngembak mobile fon tok ke sia sitok cam briefcase (besar kali jak baterinya). Kitapun heran, layap, terpegun, jeles sampei sik sedar air liur meleleh nanggar sidak tok tek dapat molah call sambil minum kopi-O makei mobile fon tok. Wah...eksyen abis pok... Kak ya tek, as time goes by, kita dapat nanggar mobile fon tok makin kecik, makin kecik, sampei gitok ari, kecik nar. Dolok...tokey-tokey ajak berisik mobile fon, kinek tok, malas mok madah eh, biak kecik pun ada juak, pakei main game, bapak banyak duit, sik apa.

Bercakap pasal game, dolok ria, komputer besarrrr nar, kedak almari, kak ya, makin kecik makin kecik sampei kinek tok dah macam buku nota jak, senang di bak sia sitok, arum bulak tek, time beirak pun sempat molah blog....

Bapak aku penah cerita, kaum dak Nabi-Nabi dolok besar-besar macam GIANT. Mun di banding tapak kaki dak nya ngan tapak kaki kita, jauhhh bezanya. So, manusia pun dah makin kecik zaman tok. Jadi, mustahil ka sik mun 1000 taun gik, kotan kecik gilak, kita dapat diam lam rumah dango nok di jual di ToysRus ya?

Apa gik owh? Pikir lah sendirik....

Tuesday, December 23, 2008

SKIM PINJAMAN (Pelik Tapi Benar)

Mun aku ngenang zaman gik bujang dolok, banyak juak al-kisah yang mok dikongsi lam blog tok. Tauk ajaklah, zaman bujang dolok, FREE AS A BIRD, sukati jak senei nok pegi, apa di polah, sik ada orang gago nok melarang asal kita sik melanggar hukum Allah jak lah. Sik ada komitmen, arum bulaknya, nang sentiasa gumbira, apalagik mun sama-sama ngan member-member nok sama palak ya. Ada duit ka, sik ada duit ka, tetap happening.

Cerita pasal duit tek, time ya, gaji ngakkk jak sekemut, nang gerenti sik cukup sampei ke ujung bulan, iboh kata ujung bulan lah, tengah bulan dah abis angusss. Yalah tang ada jak timbul
skim pinjaman tok tek. Sik tauk kedak nei nya boleh start, sapa yang startnya dolok, tauk-tauk ajak, kamek orang (ada lah lam 4 - 5 orang) ikut ajaklah.

Sebenarnya, sik juak semua yang pokai mun dah tengah bulan ya, ada juak member-member nok pandei nyimpan duit, so terpaksalah member tok jadi MONEY LENDER. Haha...gelik ati mun aku ngenang tok eh! Apa siknya, mun dah pokai tengah bulan ya, startlah ngelon ngan member nok ada duit tok tek, sik banyaklah, bukan beribu-ribu, paling paling paaliingggg besar pun ngak jak RM100. Mun kitak orang nanyak "Sik ada BUNGA ka"? Adaaa...tapi...pelik sikit. Bila dah terimak gaji ujung bulan ya, masa mok settle LOAN, semualah member-member tok tek (termasuk sapa-sapa yang jadi MONEY LENDER time ya) begumpol di KFC (rah Jalan Permaisuri ya - the first KFC di Miri). Kak ya tek ndak, member pun bayarlah LOAN nya tek, so settlelah dah ya. Then, member yang baruk nerimak duit pembayaran ya tek, heheh...terpaksa belanja snack plate ngan member-member nok lain, ndak kah pelik yaa...? Tapi menyeronokkan, dapat makan FREE beb. Start yalah bila loan-mengelon sesama member tok, tempat mok settlenya MESTI di KFC, abis ya, blanja member makan snack plate. Tiap ujung bulan, kedak toklah aktiviti kamek orang, lepak rah KFC sampei daknya mok tutup, kira last customer lah ya, baruk pulang. Rinduk juak bila ngenang ya eh.

Bila member-member (termasuk I lah skali) dah start begerek ya, baruklah aktiviti tok kin ilang, kin ilang, kak ya terus lenyap. Apa sik, member dah mala bekepit ngan gerek ajak (termasuk I lah - heheh), and that's another story....

Monday, December 22, 2008

Salam Takziah Buat Cikgu Kamal Rahman & Keluarga

Inna lillaahi wa inna ilaihiraajiuun. Al-Fatihah. Salam takziah buat Cikgu Kamal (penulis blog D Young Mixtures Band) kerana ibunya telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadik. Bagi sapa-sapa yang singgah ke blog tok and terbaca posting tok, samada kitak orang kenal ka sik ngan keluarga Cikgu Kamal ya, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa mudah-mudahan roh ibunya mendapat rahmat & keampunan Allah dan ditempatkan bersama golongan orang mukmin yang beriman. Amin

Monday, December 15, 2008

Heavy Duty ==> Dulu dan Sekarang

Toklah barisan geng Heavy Duty yang original, nang kampungan abis... (minus Kobatsahrela vokal pertama yang kenak pecat kerana ngurung dirik lam jamban semasa konsert; mun sik cayak, tanyak ngan nya pun) , yang duduk terkangkang ya bro kita JD a.k.a. Benjamin S (sometnya!!), nok bertenggek ya vokalis Doha a.k.a. AHOD (selalu datang lambat time praktis, kadang-kadang terus sik datang, nei ndak manas member lain....!!), nok megang buku ya (gik masih ada buku tok sampei ke gitok ari..) Keria, lead gitaris (dahnya mukak VAGRANT lalu nukar namanya KIYA sebab nama KERIA ya kampung gilak), nok duduk atas speaker ya Dol, tukang tukuk dram (degil na'uzubillah, bukan maok nengar kata kapten, mungkin sebab nya yang paling mudak, yang bongsu lah tek, congek sikit...hahaha) and yang last kalik ya, ehem...aku lah, gitaris/kapten (kuat berangan...)




Tok sekitar tahun 1988, Jubli Perak Sarawak dalam Malaysia. First time perform di Kuching dan last time KERIA a.k.a KIYA main ngan Heavy Duty sebelum nya main ngan Vagrant. Susah juak mok ngelar dirik Rockers tok, seluar MESTI mok fit se fit-fitnya, ngambik masa minimum 2o minit mok masangnya (bukan jenis kain yang stretch ya). Dari kiri: Keria, Dol, Doha, aku (Mie) and of course JD a.k.a Benjamin S (kerana sometnya. Last-last member dah sik tahan mala kenak tunggah Benjamin S, mok juak cukor somet kesayangannya ya!!)


Foto tok di ambik selepas perform di Padang Central Kuching (kinek tok Padang Merdeka) semasa sambutan Jubli Perak Sarawak merdeka dalam Malaysia. Sik dapat dilupak juak pengalaman malam ya. Dahlah padang ya penuh ngan penonton, masa nama Heavy Duty di announce, kenak boo lagik ya, arum bulaknya, mok nyucuk cable rah gitar sik masuk-masuk sebab begegar (nervous) lekak kenak boo. Yang magicnya, lekak abis lagu pertama (Aces High dari Iron Maiden mun sik salah aku), seluruh padang ya sik bebunyi...(terpegun sebenarnya. heheh, sik sangka daknya band dari Miri boleh perform kedak ya)


Tok barisan terbaru lekak Keria a.k.a. Kiya ninggal Heavy Duty untuk nubuh Vagrant. Tanggar seluar lok, masih fit. Dari kiri, JD a.k.a. Benjamin S (sebab gik masih bersomet), Doha, aku (Mie), Mok (pengganti Keria as lead guitaris) dan Dol si penukuk dram. Mun sik salah aku, foto tok diambik di Pantei Lumut Seria, Brunei.



Tok foto latest Heavy Duty (ada junior gik ya...) di ambik masa anak Doha yang sulong (Aishah) kawin pada 30hb November 2008 ya tek. Dari kiri, Mok (masih nyimpan rambut panjang, pandeinya napok time nya keja), Dol (rambut dah lokot, janggut makin panjang), Doha (uban kin banyak dah), aku (Mie) (rambut dah pendek, mata dah rabun, badan kin kembang hehehe) and of course JD (sik ada somet gik...sik boleh ditunggah Benjamin S lagik ya..). Seluar fit dah sik pakei gik dah....

Walaupun Doha sik lamak gik berhak di anugerah title "Nek Ahod", semua masih ada minat mok main muzik cuma masa jak selalu sik cun mok berjumpa & jamming di studio, maklumlah, kapten di Sarikei time tok. Insyaallah, mun di izinkan & mun masih ada umur, next year 2009 Heavy Duty probably akan ngeluar EP (mun cukup material/modal/etc). Toklah dikata orang...ROCK NEVER DIE
 
Dear Diary Blogger Template